CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us

Daisypath Anniversary tickers

Bintang-Bintang Junior

Lilypie Pregnancy tickers

Monday 18 December 2006

mari berkenalan...

took this from one of my frenzo nyer blog...tarikh lahir pun bleh gune juga untuk kite kenal pasangan kite...so people...mari kite mengkaji...

erm jika tuan tuan dan puan puan ingin tahu birthday saya ialah pada 6 august...jadi pergi lah menilik ttg diri saye...huhuhu...

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat
pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra.
Tapi pasangan yang lahir tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu
menyebabkan ramai orang yang tidak
menyukainya. Namun begitu dia tetap
dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang
ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk
memenuhi segala keinginan pasangannya
.Tapi hati-hati kadangkala dia lebih
mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan
cintanya demi sebuah persahabatan yang
telah terjalin lama.


Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung.
Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal dirumah.
Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang
lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati olih
orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar
dan tidak terburu- buru dalam
bertindak. Sayangnya untuk urusan masa
depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti
ada yang mendorongnya agar tidak terus
terjebak dengan sikap pesimisnya.


Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri
adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan
cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong
pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah
adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan
pasangan yang susah untuk dimengertikan.


Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini
adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia
seringkali tidak yakin dengan diri
sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong
pasangan yang mata keranjang dan suka
bertukar-tukar partner. Sifat ini
membuatkan orang tidak suka apa lagi
untuk bersimpati dengannya. Dia sering
bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan
faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi
dia memiliki sifat kelakar, mudah
ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah
seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk
berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa
yang diinginkan selalunyadipenuhi.
Memandangkan sesuatu selalunya
dari segi yang menguntungkan.Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka
bertukar-tukar pasangan.


Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak
mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat
yang membuatkan dia disegani.Dalam soal
cinta dia ingin memberi yang terbaik
kepada orang yang dicintainya.
Namunbegitu harga dirinya terlalu tinggi
sehingga dia tidak pernah mengerti
mengapa seseorang itu menolak
kebaikannya.


Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat
terbuka berterus terang & jujur.Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin
mencapai sesuatu itu dengan cara mudah.
Cinta baginya sering diertikan sebagai
pengisi masa lapang. Semasa bercinta
dia sangat berhati-hati dan suka sekali
merayu dan kalau pasangannya curang dia
dengan mudah meninggalkannya.


Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa.
Kepada teman-teman dia bersifat lembut
& bijaksana. Namun begitu dia tersisih
dari teman- teman kerana rasa rendah
diri yang terlalu menebal. Dia
memerlukan suasana yang seimbang baik
sewaktu berfikir mahupun dalam
kehidupan seharian.Kelemahan yang
paling menonjol ialah gugup dan selalu
dihantui perasaan khuatir tetapi dia
adalah seorang yang penjimat. Dalam
urusan cinta, dia seorang yang tabah
dan rela berkorban.


Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang
tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia
merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang
yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia
dan sebab itulah dia mudah disenangi.
Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling
jahat.


Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini
memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai
juara. Pada dasarnya dia suka berdandan
dan berpakaian rapi.Kerana itu dia
sering membelanjakan wangnya untuk
menunjukan penampilannya.Dalam
kehidupan sehari-hari dia adalah
pasangan yang disegani kerana bakat
kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana
membuatkan dia disegani dalamp
ergaulan.Dalam urusan cinta, dia
adalah pasangan yang sangat susah untuk
dipercayai.


Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari
pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang
serius, bersikap bodoh dalam menghadapi
sesuatu. Namun begitu dia selalu
bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat
benci pada perkara-perkara yang berbau
keributan terutama yang menimbulkan
huru-hara. Dalam hal percintaan dia
menuntut untuk lebih diberi perhatian
tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya
disenangi oleh kawan-kawan.


Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk
dimengertikan. Kadangkala dia disukai
kerana kebaikannya dan kadangkala dia
dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh
pengertian. Dalam pelbagai situasi dia
lebih suka merendahkan diri jarang
sekali mahu menonjolkan kelebihannya
pada orang lain. Pasangan jenis ini
terkenal sebagai perayu dan sebab
itulah dia diberi jolokan seniman
asmara.

0 comments: